label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 19 September 2017

(Ulasan) Kimia serasi Zul Ariffin dan Farah Nabilah dalam Titian Cinta TV3

Sejak babak Haris baling baju dari tingkat atas terkena Aisy, ED dah dapat lihat chemistry pelakon utama drama ini.

Zul Ariffin dan Farah Nabilah, pelakon utama drama Titian Cinta.

Memang menjadi gandingan Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Walaupun pada awal2 episod ni tiada babak romantik antara mereka, ED tetap nampak kemanisan lakonan mereka. Macam kena gitu! Hehehe...

Diorang bertekak pun nampak sweet kan? Dalam drama ni, Zul Ariffin suka menyindir Farah Nabilah. Buat penonton senyum kan? Hehehe...  Itulah namanya chemistry! Udada Ubabye!!



ED: mantap!
Teruskan membaca

Isnin, 18 September 2017

(Zlurpp) Resipi kuetiau goreng makan sekali nak tambah lagi

Betullah, masakan campak2 ni lebih sedap rasanya. Tadi ED masak kuetiau goreng, makan sekali nak tambah lagi. Sedap wei!! (Maaf, angkat bakul sendiri). Hehehe ..

Kuetiau goreng ala EDtv.

ED nak share resipi.

2kg kuetiau

Kisar
4 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Lada kering 10 biji

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Letak 1 kiub ayam.

Masukkan sos tiram, sos tomato & minyak bijan secukupnya.

Masukkan kicap & potongan ayam. 

Masukkan 1 cawan air. Masukkan 3 biji telur. Letak garam & serbuk perasa.

Masukkan kuetiau, daun kucai & tauge.

Siap! Boleh makan dgn lada jeruk. Terangkat beb!

ED makan tadi, tambah 3 kali. Adik ED tambah 2 kali. Mak ED tambah 1 kali. Nampak tak sedapnya? Hehehe... Udada Ubabye!!



ED: sedapnya makan time sejuk2 macam ni
Teruskan membaca

(Sembang) Drama Titian Cinta kebangkitan drama Akasia TV3 2017

Ramai beri komen positif di instagram EDtv tentang drama Titian Cinta TV3. Ada 1 komen tu mengatakan drama ini merupakan drama kebangkitan Akasia tahun ini (drama best, pelakon best, serba-serbi best). 

Lakonan utama Zul Ariffin dan Farah Nabilah pun best..

Antara komen di ig EDtv

Semua komen drama ni best...

Jadi, ED tak salah ulas episod pertama drama ni je dah best. Okelah, nanti ED ulas lagi. Udada Ubabye!!



ED: terbaik drama ni..
Teruskan membaca

Ahad, 17 September 2017

(4 Gambar) Penggambaran montaj drama Kelip-Kelip Kota London

Cantik penggambaran montaj drama Kelip-Kelip Kota London. Jom tengok 4 gambar berikut yg dikirim oleh penerbit drama ini.

Para pelakon Hafidz Roshdi, Hanna Aqeela, PU Riz & Puteri Hanan.


Cantik kebun lavender!


Nantikan drama terhebat ini di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!



ED: tak lama lagi...
Teruskan membaca

Sabtu, 16 September 2017

(Akasia TV3) Sinopsis drama Titian Cinta

Inilah sinopsis drama Titian Cinta TV3.


Kredit: @lindazainal.28 
・・・
Titian Cinta berkisar tentang percintaan antara #Aisy (Farah Nabilah) dan #Harris (Zul Ariffin). Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan #Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya. 
Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan #Ryan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula? 
#titiancinta 

Udada Ubabye!!



ED: best cerita ni..
Teruskan membaca

Khamis, 14 September 2017

(Ulasan) Lakonan Tisha sebagai Sofea bikin geram dalam Titian Cinta

Geram pulak tengok watak Sofea lakonan Tisha dalam drama Titian Cinta TV3. ED pantang betul tengok kawan makan kawan ni, walaupun dalam lakonan. 

Lakonan antagonis Tisha menjadi! ED kenal Tisha ni dari rancangan realiti Audition NTV7 dahulu kala.

Episod 3 tadi menyerlahkan lagi watak jahat Sofea. Pantang nampak lelaki kaya dan kacak. Udada Ubabye!!



ED: benci sebab lakonannya menjadi
Teruskan membaca

Rabu, 13 September 2017

(Ulasan) Lakonan Daler Yusuf semakin matang dalam Titian Cinta TV3

Pendapat peribadi ni, ED rasa lakonan Daler Yusuf sebagai Ryan Smith semakin baik dalam drama Titian Cinta. Lakonannya semakin matang & ekspresi mukanya semakin menyerlah. Mungkin dia belajar daripada pengalaman berlakon sebelum ini.

Daler Yusuf sebagai Ryan Smith

Daler & Zul Ariffin

Semakin murah rezeki dalam bidang lakonan.

Good luck kepada Daler Yusuf. Ada ketika, bakat lakonan perlukan masa untuk bersinar. Mungkin, dia next hero drama Akasia. Udada Ubabye!!



ED: syabas!
Teruskan membaca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...